awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didesak letak jawatan, Anwar saran Muhyiddin tumpu kes mahkamah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/08/2023
05:50 MYT
Didesak letak jawatan, Anwar saran Muhyiddin tumpu kes mahkamah
Anwar berkata, kerajaan masih mempunyai dua pertiga majoriti ahli Parlimen serta memenangi tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran untuk memberi tumpuan kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya berbanding mendesak pihak lain meletak jawatan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan masih mempunyai dua pertiga majoriti ahli Parlimen serta memenangi tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.
“Kita kekal dengan kemenangan tiga negeri, kita masih dapat dua pertiga majoriti ahli Parlimen. Dia (Muhyiddin) fikirkan apa? Saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara, pada Khamis.
Anwar berkata demikian susulan desakan Muhyiddin agar beliau dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta-merta susulan penolakan pengundi Melayu dalam PRN lepas.
Muhyiddin dilapor berkata, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama antara lerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditadbir pembangkang, Anwar berkata, perkara itu terserah kepada sikap mereka sekiranya mahu bekerjasama.
“Terserah kepada sikap mereka (pembangkang)... jika mereka mahu kerjasama... saya akan ikut kaedahnya, bukan saja dari segi kenyataan begitu juga tindakan.
“Saya nak pastikan semangat tatakelola itu betul. Mahu wang untuk orang miskin bagi dekat orang miskin, jangan dialihkan ke lain... saya akan tegas bab ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#letak jawatan
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan