KUALA TERENGGANU: Tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan Pas sebagai 'pelacur politik' adalah amat tidak wajar, tegas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden Pas itu berkata, sebaliknya, sebarang kritikan perlu menggunakan saluran tepat memandangkan mesyuarat Muafakat Nasional (MN) tetap dilakukan dua minggu sekali.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pas akan mengutuskan surat kepada Ahli Parlimen Gua Musang bagi melahirkan kekesalan berhubung kenyataan berkenaan.
"Saya melihat isu ini berdasarkan pandangan peribadi beliau (Tengku Razaleigh) dan bukan mewakili parti, cuma kedudukan beliau (dalam UMNO) agak tinggi.
"Sebab itu kita ambil perhatian sedikit. Kalau ahli biasa, kita (mungkin) buat tidak tahu, tetapi apabila penasihat, kita kena jadi penasihat.
"Pun begitu, hubungan (antaran Pas dan UMNO) saya rasa tidak terjejas sebab itu bukan pendirian parti, tetapi pandangan peribadi," katanya di sini, pada Ahad.
BACA: Orang Pas tidak faham apa itu 'pelacur' - Takiyuddin
BACA: Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan
BACA: 'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah, surat yang bakal diutuskan itu akan dihantar dalam masa terdekat.
"Pas mempunyai hubungan baik dalam MN dan ini merupakan platform untuk membincangkan isu.
"Bukannya menggunakan media secara terbuka (untuk) menyerang rakan-rakan dalam MN," ujarnya.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan melabel Pas sebagai 'pelacur politik' dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula melabel Pas sebagai sebuah parti kecil.
Astro Awani
Sun Mar 14 2021
Tuan Ibrahim berkata, sebarang kritikan perlu menggunakan saluran tepat memandangkan mesyuarat MN tetap dilakukan dua minggu sekali. - Gambar BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Parlimen Gua Musang: Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, pegawai pengurus
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen terhadap SPR dan seorang pegawai SPR yang difailkan oleh wakil calon BN Gua Musang bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.
Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.
Petisyen pilihan raya Parlimen Gua Musang: Penyandang buat bantahan
Sesi notis bantahan itu akan difailkan oleh Mohd Faizi Che Abu dan Peguam Persekutuan, Tuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.
Pengundi fail petisyen cabar keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Wakil kepada Tengku Razaleigh memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan itu.
Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15
Petisyen berkenaan antara lain meminta supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan.