PASIR MAS: Dewan Pemuda Pas Pusat tidak mahu membuat sebarang tuntutan ke atas Ahli Aarlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabelkan parti politik itu sebagai “pelacur” politik.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, Pemuda Pas akan tetap patuh kepada amanat pimpinan yang mahukan Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan.

Walaupun terkejut dan kesal, Pemuda Pas mengambil pendirian tidak mahu mengeruhkan keadaan.

"Tidak timbul soal pedih telinga atau tercabar kerana Pemuda sentiasa menjaga amanah dari pucuk pimpinan iaitu kita memperkuatkan MN, hubungan Pas dan UMNO juga perlu untuk sentiasa diharmonikan (dari peringkat pusat ke akar umbi), khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ini,” kata Ahmad Fadhli ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Selasa.

“Saya kira walaupun kenyataan ini agak pedih tetapi bagi pihak jentera Pemuda Pas kita sentiasa melihat arah tuju yang ditetapkan pimpinan kita kenyataan Ku Li tidak menjadi suatu lontaran yang boleh mengeruhkan keadaan hubungan kedua belah pihak,” tambahnya.

BACA: Dilabel 'pelacur politik': Pas utus surat zahir kekesalan kepada Tengku Razaleigh


Politik | Pas tidak faham apa itu pelacur - Takiyuddin

Pemuda juga menyarankan supaya pimpinan UMNO membuat teguran kepada tokoh veteran UMNO itu.

BACA: Orang Pas tidak faham apa itu 'pelacur' - Takiyuddin

BACA: Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan


Sebelum ini, Tengku Razaleigh atau Ku Li dilaporkan melabelkan Pas sebagai “pelacur” politik dan menggesa UMNO untuk menewaskas parti Islam berkenaan di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.