KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen menang selaku Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) hasil pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau yang menerima 232 undi menewaskan dua pencabar yang lain, Jamaliah Jamaluddin dan Eric Teh Hoong Keat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman (Rara) pula menang bagi jawatan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan apabila meraih 212 undi.
Rara menewaskan dua pencabar yang lain iaitu Abdul Aziz Isa Marindo dan Alice Lan Suet Ling.
Sementara itu, empat kerusi Naib Ketua DAPSY Kebangsaan diraih oleh G. Annun Nancy, K. Jason Raj, P.S Keristinah dan Teh Swee Leong.
Wayne Ong Chun Wei pula menang pemilihan bagi jawatan Setiausaha DAPSY Kebangsaan.
Kesemua mereka bakal memegang pentadbiran DAPSY Kebangsaan bagi tahun 2021 hingga 2024.
Dalam pada itu, 15 individu turut dipilih menganggotai sebagai ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK) antaranya Tan Kim Ping, Woo Kah Leong dan Rachel Teh.
Proses pengiraan undi mengambil masa lebih lima jam selepas proses pengundian melibatkan lebih 400 perwakilan DAPSY yang hadir bermula sekitar jam 7 petang Sabtu.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Mar 19 2022

Dr Kelvin (kiri) dan Young Syefura kini meneraju DAPSY Kebangsaan. - Gambar fail

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Peningkatan pendapatan datang dari tadbir urus yang baik - Ketua DAPSY Kuching
Penyelewengan dan rasuah punca syarikat luar enggan melabur dalam negara.

Dr Kelvin dipilih sebagai Ketua Pemuda DAP
Pemilihan Kelvin dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, semalam.

Mahu tukar Ketua Pembangkang perlu ada konsensus Pakatan Harapan - Howard Lee
Prinsip konsensus itu merupakan asas kekuatan Pakatan Harapan dan ia harus sentiasa dipegang bagi mengelakkan konflik

DAP harus pertimbang putus hubungan dengan PKR jika Anwar enggan mohon maaf - DAPSY
Menurut Setiausaha Kebangsaan DAPSY Eric Teh Hioong Keat, Presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kesilapannya itu atau DAP harus memutuskan hubungan dengan parti tersebut.

Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY
DBKU menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina.

Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Faiz menegaskan tindakan DAPSY itu tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
Abdul Rahman berkata, perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

GPS tidak akan beri sokongan kepada pakatan yang ada DAP - James Masing
Paling penting dalam pertimbangan yang akan dilakukan adalah mengutamakan kehendak rakyat dan kebaikan kepada negara.

Sheikh Umar dipilih Ketua Dapsy Johor yang baharu
Sheikh Umar memperolehi 31 undi bagi memenangi jawatan itu menewaskan pencabarnya, Marina Ibrahim yang hanya memperolehi dua undi.