awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
05/06/2016
15:20 MYT
Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu
Menurut Dr Mahathir (depan, dua dari kanan), lebih 300,000 tandatangan yang mempunyai unsur penipuan telah dikeluarkan daripada senarai deklarasi. -Gambar fail
Pengasas Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan majoriti bilangan tandatangan bagi deklarasi tersebut adalah palsu.
Menurut beliau, lebih 300,000 tandatangan yang mempunyai unsur penipuan telah dikeluarkan daripada senarai deklarasi.
"Saya sedar mengenai usaha terancang untuk menipu. Ada yang menandatangani lebih daripada sekali dan ada juga tandatangan berasal dari nombor kad pengenalan yang sama," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran buku "Perjuangan Tanpa Noktah" dan "Misunderstood Man" di ibu negara pada Ahad.
Menurut Tun Mahathir, lebih 1.2 juta tandatangan yang diterima adalah sahih dan semuanya tulen.
Dakwanya lagi, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang ingin menandatangani Deklarasi Rakyat namun majoriti enggan melibatkan diri kerana takut.
"Ramai yang sokong tetapi kerana kebimbangan mereka tentang akibat negatif disebabkan penglibatan mereka dalam Deklarasi Rakyat, ramai memilih untuk tidak menandatangani," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Deklarasi Rakyat
#Mahathir Mohamad
#senarai deklarasi
#tandatangan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan