awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Draf MoU peruntukan pembangkang siap dan sedia diserah - Fadillah

Bernama
Bernama
03/08/2024
01:30 MYT
Draf MoU peruntukan pembangkang siap dan sedia diserah - Fadillah
Fadillah melancarkan program Car Free Day Putrajaya dan larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIX 2024, di Putrajaya, hari ini. - Foto X Fadillah
PUTRAJAYA: Draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang telah siap dan sedia untuk diserahkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata beliau telah mengarahkan supaya draf berkenaan diserahkan kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Draf perjanjian saya akan bagi kepada Datuk Taki (Takiyuddin) untuk mereka berikan maklum balas. Kalau mereka setuju dengan perjanjian (itu), nanti kita akan tetapkan mesyuarat jawatankuasa bersama antara pembangkang dan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang diselesaikan segera.
Fadillah ditemui selepas melancarkan program Car Free Day Putrajaya dan larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XIX 2024, di sini hari ini.
Alhamdulillah awal pagi ini berkesempatan menyempurnakan perlepasan Larian MAPPA XIX 2024, anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Saya telah menyempurnakan perlepasan bagi acara larian 10km dan 5km. Saya turut merasmikan acara Car pic.twitter.com/nrA8QrAfPT
— Fadillah Yusof (@PetraJayaMP) August 3, 2024
Pada 9 Julai lepas, Anwar dilaporkan berkata isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.
Beliau berkata syarat ditetapkan kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang mahu memperoleh peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.
Pada Mei lepas, Fadillah berkata draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#pembangkang
#peruntukan ahli parlimen
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan