awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kehilangan Nadia Kesuma dilaporkan kepada polis Arab Saudi
Bekas wartawan FMT akan dibebas selepas selesai rakam percakapan - Saifuddin
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ADUN Bersatu di Pulau Pinang tarik balik sokongan terhadap Pakatan Harapan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/05/2020
15:13 MYT
Dua ADUN Bersatu di Pulau Pinang tarik balik sokongan terhadap Pakatan Harapan
Zolkifli dan Khaliq (kiri) semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada 27 Februari lepas. - Gambar fail
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Pulau Pinang kini menjadi wakil rakyat pembangkang selepas tidak lagi menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).
ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim menarik balik sokongan yang diikrarkan mereka sebelum ini.
Bagaimanapun, tindakan kedua-dua ADUN itu tidak mempengaruhi keseimbangan kuasa di Pulau Pinang dengan PH masih menguasai 35 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kedua-dua ADUN berkenaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Khaliq dan Zolkifli senada menyatakan pendirian untuk bersama parti Bersatu dan menyokong kepimpinan presiden merangkap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khaliq Mehtab berkata beliau akan mengikuti hala tuju parti dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin.
"Saya ikut parti, dan pendirian saya adalah mengikut hala tuju di bawah kepimpinan Bersatu," katanya.
Sementara itu, Zolkifli berkata, walaupun dia tidak lagi menyokong pentadbiran PH namun dia masih bersama parti dan hanya mengikut keputusan Bersatu dan bukannya PH.
"Saya ahli Bersatu ,dan masih lagi Bersatu, saya hanya mengikut keputusan parti yang kini tidak lagi bersama PH, jadi saya juga sama, jadi Bersatu kini adalah pembangkang di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi.
Khaliq Mehtab dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), sebuah agensi di bawah kerajaan pusat, manakala Zolkifli dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat Mara Corp Sdn Bhd, satu cabang pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Topic Berkaitan
#ADUN
#Bersatu
#bertam
#khaliq mehtab mohd ishaq
#Pakatan Harapan
#PH
#pulau pinang
#Teluk Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan