KUALA LUMPUR: Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau yang merupakan menteri bertanggungjawab menggubal Akta Antilompat Parti yang dilulus di Dewan Rakyat dan dikuatkuasakan Oktober 2022 berkata, sehubungan itu pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan susulan pengosongan kerusi tersebut.
Wan Junaidi berkata, peletakan jawatan empat Ahli Parlimen itu perlu diterima secara rasmi Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengesahkan mereka telah keluar parti.
Mereka adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).
"Saya nak tahu masa mereka meletak jawatan (keluar parti) daripada Bersatu. Jika mereka meninggalkan parti sebelum pilihan raya umum, undang-undang ini tidak terpakai.
"Bagaimanapun jika ketika bertanding (PRU15) mereka ahli Bersatu dan selepas menang keluar daripada Bersatu... mereka dikehendaki mengosongkan kerusi Parlimen mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Wan Junaidi berkata, tidak penting empat Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket GRS atau mewakili mana-mana gabungan lain kerana ia hanya relevan sama ada mereka meninggalkan parti mereka.
"Atas tiket... atas lambang dan atas apa pun perkara ini difikirkan dan dibincang dalam jawatankuasa dan memutuskan sesorang ahli parti (bertindak) keluar parti setelah dipilih jadi wakil rakyat (perlu mengosongkan kerusi).
“Saya merangka undang-undang itu untuk melarang perkara seperti ini berlaku dan untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya.
Memetik laporan FMT, di bawah undang-undang Antilompat Parti, yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.
Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubar atau dibatalkan pendaftaran.
Wan Junaidi berkata, mengikut prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.
“Apabila speaker mengesahkan fakta bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen itu diterima parti, mereka akan kehilangan kerusi mereka. Saya tidak pasti sama ada mahkamah akan mentafsirnya dengan cara lain kerana ia jelas termaktub dalam undang-undang,” katanya.
Astro Awani
Mon Dec 12 2022

Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyukuran perkahwinan Wan Junaidi
Antara yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir.

Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.

Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.

Wan Junaidi selamat bersanding, majlis resepsi dihadiri Premier Sarawak
Wan Junaidi hadir dengan berbusana Melayu ringkas berwarna biru, sedondon dengan permaisuri hatinya Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.

Wan Junaidi tamatkan zaman duda, bersanding malam ini
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan bakal mengadakan majlis persandingan pada malam ini.

Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat - Wan Junaidi
Ketua Majlis Mesyuarat punyai kelebihan untuk membawa dan mendahulukan sebarang usul yang dirasakan penting untuk rakyat dan negara.

Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Sidang Parlimen tidak boleh dijalankan tanpa PM - Wan Junaidi
Walaupun kuasa memanggil sidang Parlimen terletak di bawah Agong, ia dibuat atas nasihat jemaah menteri yang dilantik Perdana Menteri.

Ahli Parlimen bebas buat keputusan tanpa kongkongan parti - Wan Junaidi
Tidak salah dari segi Perlembagaan untuk seseorang Ahli Parlimen menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen dari parti lain.

PRU15: Dakwaan tentera mengundi 7 November bukan isu - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, proses membuang undi bagi mereka adalah didaftarkan sebagai pengundi pos dan ia telah bermula pada tarikh itu.