Tiga lelaki ditahan kes penemuan mayat wanita tak berpakaian, tangan terikat

Mayat mangsa ditemui berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan, Serdang pada Rabu lalu. -Foto Sinar Harian
SERDANG: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di tepi jalan berhampiran anak sungai di Blue Water Estate, Seri Kembangan, di sini.
Ringkasan AI
- Polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes wanita ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di Blue Water Estate, Seri Kembangan.
- Mayat mangsa dikenal pasti oleh adik kandung sebelum bedah siasat, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
- Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kes dengan menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-8074 2222.
"Motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam kejadian pada Rabu, pihak polis menerima laporan kira-kira jam 3.45 petang daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat mangsa dalam keadaan berikat dan tidak berpakaian.
Mangsa berketinggian kira-kira 144 sentimeter, berambut warna perang melepasi bahu, berkuku panjang selain memakai subang perak di kedua-dua telinga.
Justeru, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


