awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat MP Sabah tidak perlu kosongkan kerusi

Sinar Harian
Sinar Harian
16/01/2023
16:09 MYT
Empat MP Sabah tidak perlu kosongkan kerusi
Empat ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Sinar Harian
KOTA KINABALU: Empat ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah yang memaklumkan bahawa beliau menerima salinan surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menerusi emel pada Isnin.
"Ya, saya menerima salinan surat dari Speaker Dewan Rakyat yang dihantar kepada Datuk Seri Dr Roland Kiandee yang menyatakan dan memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.
"Emel diterima hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Sementara itu, ditanya adakah keputusan itu membabitkan tiga lagi ahli Parlimen lain, beliau memaklumkan bahawa mereka turut menerima emel yang sama.
Sebelum itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memastikan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan empat ahlinya.
Empat ahli Parlimen itu ialah Matbali, Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau).
Kesemua mereka adalah ahli Bersatu yang bertanding menggunakan logo GRS bagaimanapun, pada 10 Disember lalu, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan bahawa kesemua pemimpin Bersatu Sabah telah keluar dari parti itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ADUN Sabah
#GRS
#Bersatu
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan