PUTRAJAYA: Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu, berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.
Pada 12 April lepas, Pesuruhjaya Kehakiman, Azizan Md Arshad membenarkan permohonan DUN Pulau Pinang dan Speakernya, Datuk Law Choo Kiang untuk merujuk beberapa persoalan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mahkamah itu mendengar serta memutuskan isu perlembagaan berkaitan enakmen antilompat negeri itu.
DUN Pulau Pinang dan Speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.
Empat ADUN iaitu Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) telah memfailkan writ saman terhadap DUN Pulau Pinang dan Speakernya bagi mencabar usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Tengku Maimun berkata peguam perayu telah berhujah bahawa undang-undang tidak boleh menjejaskan hak mereka untuk berpersatuan seperti dijamin oleh Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan dalam hal ini, pergantungan ketara diletakkan ke atas keputusan Mahkamah Agung dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & satu lagi melawan Nordin Salleh & satu lagi.
Beliau berkata bagaimanapun, peguam responden pula berhujah enakmen Perkara 14A adalah bagi menangani isu berkaitan kelayakan keahlian DUN iaitu perkara yang dibincang dalam Jadual Lapan Perlembagaan Persekutuan dan setiap DUN diberi kuasa untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing untuk menangani isu tersebut.
Dalam penghakiman itu, Tengku Maimun berkata keupayaan seorang ADUN menukar keahlian parti politik atas apa jua alasan, tidak termasuk dalam hak peribadi seorang warganegara untuk berpersatuan sebagaimana yang dibayangkan dalam Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
"Kami berpendapat bahawa syarat kelayakan bagi keahlian DUN adalah perkara yang berkaitan dengan demokrasi berparlimen dan tidak melibatkan hak peribadi individu yang dipilih sebagai wakil rakyat atau pilihan untuk berpersatuan dengan parti politik tertentu atau pihak di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
"Atas alasan-alasan ini, kami mendapati kes Nordin Salleh yang menyatakan bahawa wakil rakyat berhak menukar parti politik sebaik sahaja dipilih sebagai hak berpersatuan di bawah Perkara 10(1)(c) adalah tidak tepat dari segi perlembagaan. Justeru, keputusan dalam kes Nordin Salleh berkaitan isu ini adalah diketepikan," katanya.
Tengku Maimun berkata mahkamah berpandangan bahawa sebaik sahaja seorang wakil rakyat menang atas tiket parti politik yang dipilihnya, ini bermakna beliau telah menggunakan hak berpersatuan dengan bertanding atas tiket parti politik itu.
"Sebaik berada di Parlimen atau DUN, sifat berpersatuan seorang wakil rakyat adalah berbeza kerana beliau kini tertakluk kepada parti politik yang telah dipilih untuk bertanding selepas menerima mandat daripada pengundi yang mengamanahkan jawatan itu kepadanya," katanya ketika menyampaikan keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Panel itu turut mengarahkan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang meneruskan perbicaraan kes tersebut selaras dengan penghakiman hari ini atau mengikut lunas undang-undang.
Perayu diwakili peguam Datuk DP Naban, Rosli Dahlan, Chetan Jethwani dan Siva Kumar Kanagasabai manakala Datuk Malik Imtiaz Sarwar dan A. Surendra Ananth mewakili responden.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu, berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang sah, berperlembagaan
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.