POLITICS
Fahmi Zainol tidak letak jawatan Exco, ikrar ikut arahan PKR

Fahmi tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Jelutong kepada Johari Kassim serta gagal dalam persaingan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Fahmi Zainol tidak akan meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri, walaupun kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Fahmi Zainol kekal sebagai Exco Pulau Pinang: Walaupun kalah dalam pemilihan PKR, Fahmi Zainol menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri kerana ia adalah amanah parti yang perlu dilaksanakan sehingga tamat penggal.
- Keputusan pemilihan PKR: Fahmi yang juga ADUN Pantai Jerejak tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Jelutong kepada Johari Kassim serta gagal dalam persaingan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), namun tetap berpegang kepada prinsip untuk terus berkhidmat.
- Tiada desakan untuk meletak jawatan: Fahmi menyatakan bahawa tidak ada tekanan untuk beliau meletakkan jawatan dan keadaan politik di Pulau Pinang berada dalam keadaan terkawal.
"Saya akan jalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Pulau Pinang sehingga habis penggal, saya akan turuti apa yang parti berikan kepada saya. Saya akan teruskan amanah ini," katanya pada sidang media di Komtar di sini hari ini.
Pada pemilihan cabang PKR di Pulau Pinang, Fahmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, kalah kepada Johari Kassim untuk jawatan Ketua Cabang Jelutong selain gagal dalam persaingan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Selain itu, Fahmi berkata tidak timbul sebarang desakan untuknya meletakkan jawatan dan semuanya berada dalam keadaan terkawal.
Semalam, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan peletakkan jawatan selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR serta Naib Presiden pada pemilihan parti minggu lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami