awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Faktor 'wow' Adenan di Sarawak tepis tuduhan negatif pembangkang' - Ahmad Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
02/05/2016
07:51 MYT
'Faktor 'wow' Adenan di Sarawak tepis tuduhan negatif pembangkang' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan anggota lain-lain pangkat Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Kuching pada majlis bersama PGA hari ini. - Foto Bernama
Faktor 'wow' Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menepis setiap tohmahan negatif pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi itu membuktikan kejayaan tansformasi Adenan yang berbeza berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 pada 2011.
Katanya, budaya kebencian yang diwujudkan pembangkang terutama di bandar juga sudah semakin hilang semasa pemerintahan Adenan.
"Saya pernah terlibat dalam PRN ke-10 dan melihat situasi berbeza di mana pada ketika itu pembangkang menanam budaya kebencian pengundi di kawasan bandar.
"Namun bila masa Adenan sekarang, budaya itu telah dapat dipinggirkan termasuk di kawasan luar bandar. Ia faktor 'wow' yang mengubah minda dan persepsi kepada yang positif," katanya semasa sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.
BACA: Ini sekilas fakta PRN Sarawak yang anda perlu tahu
VIDEO: Temubual eksklusif Agenda AWANI Khas bersama Tan Sri Adenan Satem
budaya kebencian yang diwujudkan pembangkang terutama di bandar juga sudah semakin hilang semasa pemerintahan Adenan.
Budaya kebencian yang diwujudkan pembangkang terutama di bandar juga sudah semakin hilang semasa pemerintahan Adenan (gambar). - Foto Bernama
Dalam pada itu kata Ahmad Zahid, seramai lebih 21,000 pegawai dan anggota keselamatan yang akan mengundi pada PRN Sarawak kali ini.
"Mereka akan membuang undi esok (3 Mei) dan dari angka itu, seramai 9,909 pegawai polis terlibat," jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid secara berjenaka meminta calon BN Batu Kawa, Professor Datuk Dr Sim Hui Kian untuk tidak melupakan anggota keselamatan sandainya menang di kerusi itu kelak.
Kerusi DUN Batu Kawa bakal menyaksikan pertempuran tiga penjuru di antara BN, DAP dan Bebas.
Selain calon BN yang merupakan seorang pakar kardiologi yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Dr Sim akan menentang calon DAP, Christina Chiew Wan See dan seorang calon Bebas, Liu Thian Leong.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#BN
#pilihan raya Sarawak
#PRN Sarawak
#sarawak2016
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan