awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
29/09/2024
10:30 MYT
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 -  Saifuddin
Saifuddin memberitahu, kemenangan bergaya calon Kerajaan Perpaduan itu membuktikan penerimaan gabungan perpaduan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Formula perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana ia memberi isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik kerjasama politik itu.
Beliau memberitahu, kemenangan bergaya calon Kerajaan Perpaduan itu membuktikan penerimaan rakyat terhadap gabungan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kemenangan calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah juga membuktikan rakyat menolak politik sempit, politik perkauman, politik agama yang dibawa pembangkang untuk mencetuskan kegusaran rakyat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Saifuddin memberitahu, dalam PRK itu, beliau turut melihat kesepaduan antara jentera perpaduan membabitkan BN dan PH, PKR, DAP dan Amanah.
Menurutnya, walaupun pelbagai sentimen dimainkan pembangkang, ternyata rakyat tidak terpengaruh dengan politik sempit dibawa pembangkang.
"Pujian harus diberikan kepada jentera PH yang saya lihat mereka bersungguh-sungguh bekerja bersama dengan jentera BN untuk memenangkan calon BN daripada UMNO.
"Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan luar biasa ini dan kepada Syed Hussein selamat berkhidmat, jalankan amanah dengan penuh tanggungjawab," ujarnya.
Kerajaan Perpaduan yang diwakili Syed Hussien (BN) berjaya menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dalam pilihan raya berkenaan.
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#pilihan raya umum
#Kerajaan Perpaduan
#PRK Mahkota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan