awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabungan Parti Sarawak tidak akan jadi seperti BN - Abang Johari

Rohana Wahed
Rohana Wahed
24/06/2018
09:06 MYT
Gabungan Parti Sarawak tidak akan jadi seperti BN - Abang Johari
Abang Johari memberi jaminan bahawa gagasan ini tidak akan menjadi seperti BN. - fotoBERNAMA
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa GPS bukan jelmaan baharu Barisan Nasional (BN) 2.0.
"Saya memberi jaminan bahawa gagasan ini tidak akan menjadi seperti BN," katanya.
Ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini, Abang Johari menegaskan, gagasan baharu itu adalah entiti yang benar-benar baharu.
"Jangan anggap ia BN 2.0, siri baharu atau apa-apa kaitan BN, tidak sama sekali.
"Secara keseluruhannya, parti ini adalah baharu. Biar kita siap satu persatu," katanya ketika ditanya mengenai parti baharu itu sekali gus menepis beberapa pendapat sebelum ini bahawa GPS bakal kembali kepada BN.
Abang Johari turut menolak untuk menjawab kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membayangkan ada kemungkinan gagasan baharu dibentuk bagi menggantikan BN.
"Saya tidak mahu mengulas mengenainya dan tidak mempunyai maklumat mengenai kenyataan Zahid," katanya.
Ditanya sama ada rakyat Sarawak dapat menerima GPS, beliau berkata, biarlah masa menentukan.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini bergegas terbang ke Kuala Lumpur selepas majlis bagi memenuhi undangan Rumah Terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara yang dijemput," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Aifdilfitri
#Barisan Nasional
#BN
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan