awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar bekas pemimpin UMNO 'hilang' semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan - Hishammuddin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/05/2023
05:00 MYT
Gambar bekas pemimpin UMNO 'hilang' semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Apabila gambar bekas-bekas pemimpin UMNO yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti dihilangkan di dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa itu tidak kena. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Mei lalu, sebagai 'janggal'.
Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, penjelasan kepada akar umbi parti itu perlu diberikan mengenai hubungan yang wujud di dalam Kerajaan Perpaduan yang turut disertai UMNO.
"Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan kerajaan, tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal apabila ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri.
"Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan kerana secara peribadi, apabila gambar bekas-bekas pemimpin (UMNO) kita yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti dihilangkan di dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa itu tidak kena.
"Dan saya bersama-sama warga Sembrong dalam majlis rumah terbuka Hari Raya, ini semua merupakan soalan-soalan yang mereka tanyakan kepada saya," katanya dalam muat naik di Instagram hari ini.
[TERKINI] Gambar bekas pemimpin UMNO 'hilang' di Dewan Merdeka semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan - Hishammudin
Perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei itu dianggap bersejarah kerana selama 77 tahun UMNO bergerak bersendirian sebelum pada 24 Nov 2022 ia mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).
Gabungan itu sekali gus menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengesyoran dan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong.
Gabungan ini terbentuk selepas selesai proses Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 dan keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada awal pagi 20 November 2022.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Dewan Merdeka
#gambar bekas pemimpin UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan