CHELSEA 1 LIVERPOOL 0
Hasrat Chelsea untuk mencerahkan peluang bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan kembali bernyala apabila menewaskan Liverpool 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Chelsea melayan kunjungan The Kop dengan misi meraih tiga mata bagi mendekatkan jarak kepada dua mata dari kelompok empat teratas, susulan pasukan tangga keempat, Tottenham Hotspur, tewas mengejut 1-0 di tangan West Bromwich Albion, kelmarin.
Situasi itu membuatkan pengendali The Blues, Antonio Conte, mempertaruhkan Olivier Giroud selaku penyerang tunggal setelah Alvaro Morata terpaksa direhatkan akibat kecederaan.
Percaturan itu membuahkan hasil pada minit ke-32 selepas Giroud melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran lintang kaki kiri daripada Victor Moses dari sebelah kanan untuk menewaskan penjaga gol, Loris Karius.
Gol itu nyata menyemarakkan semangat anak-anak buah Conte apabila Cesc Fabregas melepasi kawalan Andrew Robertson untuk melepaskan sepakan dari sebelah kanan, namun usaha bekas tonggak Barcelona itu sekadar menyaksikan bola melintas di depan gol.
Bersambung babak kedua, The Blues hampir menambah gol kedua selepas Antonio Rudiger menanduk bola masuk, susulan usaha daripada Giroud hasil daripada sepakan sudut Fabregas tetapi pertahanan skuad kebangsaan Jerman itu terlebih dahulu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid.
Biarpun Liverpool dilihat lebih menguasai perlawanan, ternyata benteng tuan rumah kebal daripada dibolosi dan sebaliknya berlaku apabila Marcos Alonso berpeluang melepaskan sepakan voli setelah menerima hantaran Moses tetapi percubaan bek kiri itu sedikit tersasar ke bahagian kiri gawang lawan.
Harapan untuk Liverpool menyamakan kedudukan hadir ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan, namun tandukan penyerang gantian, Dominic Solanke, sekadar melewati palang gol selepas menerima hantaran jauh Dejan Lovren.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekaligus membolehkan Chelsea mengutip 69 mata untuk terus memberikan cabaran merebut slot ke Liga Juara-Juara di tempat kelima, sementara Liverpool dan Spurs masing-masing di tempat ketiga dan keempat berbekalkan 72 dan 71 mata.
Astro Arena
Mon May 07 2018
Pada minit ke-32 Giroud (gambar) melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran lintang kaki kiri daripada Victor Moses dan menewaskan penjaga gol. - Foto Astro ARENA
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.