POLITIK
GRS akan lantik Timbalan Ketua Menteri dari komuniti Cina jika kembali memerintah

GRS merancang melantik seorang Timbalan Ketua Menteri daripada kaum Cina bagi mewakili komuniti tersebut sekiranya gabungan parti itu kembali membentuk kerajaan selepas PRN Sabah akan datang, kata Hajiji. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merancang melantik seorang Timbalan Ketua Menteri daripada kaum Cina bagi mewakili komuniti tersebut sekiranya gabungan parti itu kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata, langkah itu bagi menghargai sumbangan masyarakat Cina yang besar dalam kemajuan dan pembangunan negeri.
"Sekiranya kerajaan ini sekali lagi diberi mandat dan ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik seorang daripada mereka sebagai Timbalan Ketua Menteri.
"Tanpa sumbangan komuniti Cina, ekonomi negeri ini tidak akan berkembang. Sumbangan mereka merangkumi pelbagai bidang dan sektor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau terdahulu menghadiri Majlis Malam Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh dan sekolah Cina swasta serta badan-badan keagamaan bukan Islam di Dewan Hakka di sini malam tadi.
HAJIJI-CINA 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dijangka terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, membuka laluan kepada PRN Sabah ke-17.
Kerajaan Sabah pada masa ini mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, dan Datuk Shahelmey Yahya.
Sementara itu, Hajiji berkata bagi memperkukuhkan pentadbiran negeri, beliau telah melantik beberapa penasihat pakar dalam bidang minyak dan gas, kewangan, pelaburan dan perundangan yang hampir kesemuanya dari keturunan Cina.
Antara mereka termasuk Tan Sri David Wong Dak Wah, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, yang mengetuai Sabah Law Reform Advisory Council (SLRAC).
"Majlis ini akan menilai undang-undang lama yang sudah ketinggalan zaman, mengemukakan cadangan reformasi yang relevan, adil dan mesra rakyat, serta memastikan pentadbiran kita selari dengan keperluan semasa.
"Ini adalah cara untuk memperbaiki tadbir urus negeri dan memastikan Sabah terus progresif serta dihormati," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami