SERDANG: Gerakan Tanah Air (GTA) akan bergerak berasingan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata GTA juga tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat mendirikan kerajaan melalui pintu belakang.
"Kita berasingan. Kita telah ada satu gerakan dinamakan Gerakan Tanah Air yang mencantumi parti politik Melayu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan daripada ahli akademik dan profesional yang cinta kepada negara.
"...dan mereka ingin berjuang dalam politik untuk kembalikan negara kepada dahulunya yang dikenali sebagai Asian Tiger yang bersih, cekap dan amanah," katanya pada sidang media semasa hadir di Konvensyen Pejuanita Malaysia di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata demikian ketika ditanya sama ada GTA akan menjalin kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada PRU15 nanti.
Pada 30 Ogos lepas, Dr Mahathir berkata GTA terbuka untuk berbincang dengan Perikatan Nasional (PN) mengenai kerjasama menghadapi PRU15.
Mengenai status pendaftaran GTA kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), beliau berkata perkara itu dijangka diketahui bulan hadapan.
"Kita menunggu bulan depan baru pihak RoS akan putuskan sama ada GTA akan didaftar. Jadi saya harap janganlah didaftarkan sehari sebelum bubar kerajaan supaya kita ada masa untuk menyiapkan GTA untuk PRU15," katanya.
GTA telah menghantar permohonan logo dan pendaftaran parti itu kepada RoS pada 6 Sept lepas dengan empat parti gabungan di bawahnya iaitu Pejuang, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).
Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri sekiranya GTA menang PRU15, Dr Mahathir berkata setakat ini beliau belum membuat sebarang keputusan namun katanya banyak pihak menggesanya memegang jawatan itu.
Mengulas mengenai Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ia perlu diluluskan sebelum PRU15 diadakan bagi mengelakkan timbul permasalahan pada masa hadapan kerana kebarangkalian berlaku perubahan dalam dasar belanjawan tersebut jika kerajaan kini tewas PRU15.
"Kita berhadapan kemungkinan PRU15 diadakan maka terpulang kepada pihak kerajaan putuskan sama ada mereka akan meluluskan bajet dahulu sebelum adakan PRU15 atau adakan PRU15 sebelum (meluluskan) bajet. Kalau adakan PRU15 sebelum bajet maka akan timbul banyak masalah pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Mahathir berkata, GTA tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat mendirikan kerajaan melalui pintu belakang. - Bernama
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Dr Mahathir gesa kerajaan usir Lockheed Martin, BAE Systems dari Malaysia
Dr Mahathir mendakwa Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata yang besar kepada rejim Zionis untuk menyerang Palestin.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).