awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2015
10:03 MYT
Guan Eng dicabar tanding pemilihan DAP Pulau Pinang
CHENG GUAN: Telah timbul persoalan, bagaimana Guan Eng boleh dilantik sebagai Ketua Menteri sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam DAP Pulau Pinang.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan pada Selasa mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk bertanding dalam pemilihan parti DAP negeri, Ahad ini.
Cheng Guan berkata, selain dapat mengukur tahap sokongan ahli-ahli DAP di negeri itu terhadap kepimpinannya, penyertaan Guan Eng dalam pemilihan itu juga akan membuktikan lantikan beliau sebagai Ketua Menteri sejak tahun 2008, mendapat sokongan penuh ahli DAP di Pulau Pinang.
Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata beliau membuat cabaran tersebut berikutan timbul persoalan bagaimana Guan Eng boleh dilantik sebagai Ketua Menteri sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam DAP Pulau Pinang.
“Sehingga kini dia tak pernah bertanding di Pulau Pinang dalam pemilihan DAP. Dia patut buktikan bahawa dialah ‘harimau sejati’ DAP dengan mendapat sokongan DAP Pulau Pinang.
“Namun itu belum dapat dibuktikan lagi. Untuk menjadi Ketua Menteri dia perlu mendapat mandat. Sekarang dia belum ada mandat,” ujar Cheng Guan.
Menurut Cheng Guan lagi, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilihat lebih layak memegang jawatan Ketua Menteri berdasarkan kapasiti ahli mesyuarat kerajaan negeri itu sebagai Ketua DAP Negeri. Cheng Guan berkata demikian dalam sidang media di George Town, pada Selasa.
Pemilihan DAP negeri pada tahun 2013 menyaksikan Kon Yeow dipilih sebagai Pengerusi DAP Negeri dengan undian tertinggi iaitu 621 daripada keseluruhan jumlah undi 661 manakala Guan Eng tidak bertanding.
Menurut Cheng Guan lagi, Guan Eng sepatutnya menggunakan peluang untuk bertanding pada pemilihan kali ini untuk membuktikan dia masih popular dalam kalangan ahli akar umbi parti itu.
Cheng Guan merujuk kepada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 2013, apabila undi yang diterima Guan Eng merosot kepada 1,304 undi berbanding dengan 1,576 undi yang diperolehinya pada pemilihan CEC setahun sebelum itu.
Topic Berkaitan
#DAP
#DAP Pulau Pinang
#Huan Cheng Guan
#Lim Guan Eng
#Parti Cinta Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan