awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng tarik balik semua rujukan kepada kiasan yang digunakan

Bernama
Bernama
08/07/2016
14:45 MYT
Guan Eng tarik balik semua rujukan kepada kiasan yang digunakan
GUAN ENG: Oleh itu, saya akan menarik balik semua rujukan kepada kiasan Inggeris 'menggigit tangan yang menyuap' atau menyalak dan menggantikan dengan istilah tidak menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan negeri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini berkata beliau menarik balik semua rujukan kepada sebuah kiasan Inggeris yang beliau gunakan pada majlis pelancaran awal bangunan pejabat baharu Institut Pulau Pinang pada 28 Jun lepas.
Lim, dalam ucapannya, telah menggunakan istilah 'biting the hand that feeds you' (Menggigit tangan yang menyuap) dan 'barking' (menyalak) yang menyinggung sesetengah pihak kerana istilah 'menggigit' dan 'menyalak' sering digunakan untuk merujuk kepada anjing.
Bernama menyiarkan ucapan Lim semalam di mana agensi berita itu melaporkan bahawa 'bite dan bark' (menggigit dan menyalak) dilihat oleh sesetengah pihak sebagai menghina kumpulan penyelidik di institut itu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan dari George Town sebagai respons kepada laporan Bernama itu, Lim berkata:
"Oleh itu, saya akan menarik balik semua rujukan kepada kiasan Inggeris 'menggigit tangan yang menyuap' atau menyalak dan menggantikan dengan istilah tidak menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan negeri tetapi memberi hak kepada ahli-ahli untuk melahirkan pertentangan pendapat dan menyatakannya secara umum."
"Bagaimanapun, saya tidak ingin mahu memanjangkan kontroversi yang tidak perlu kerana saya sedar bahawa anjing dalam konteks Barat yang dianggap sebagai teman setia tidak terpakai konteks budaya Malaysia...
"Ia juga mempunyai implikasi budaya dan agama yang tidak wajar," katanya. Lim berkata intipati ucapan pada majlis pelancaran awal itu menekankan kepada amalan kebebasan di Pulau Pinang.
"Saya telah mengingatkan Institut Pulau Pinang bahawa walaupun kebebasan memberikan hak kepada mereka menyatakan pertentangan pendapat dengan kerajaan negeri biarpun secara umum namun sebagai pembiayai utama institut itu, kerajaan negeri mengharapkan kesetiaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Institut Pulau Pinang
#kiasan untuk anjing
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan