awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi Awang terima apa sahaja keputusan rakyat

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
09/05/2018
08:44 MYT
Hadi Awang terima apa sahaja keputusan rakyat
Hadi Awang membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila Marang - Foto Astro AWANI
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14, (PRU14) hari ini.
Menurutnya, semua pihak juga perlu mengambil pendekatan yang sama kerana rakyat telah memilih pemimpin serta parti pilihan mereka.
“Itu yang perlu kita kemukakan pada masyarakat sama ada menang atau kalah kita terima hakikat itu kerana rakyat telah membuat keputusan mereka,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila Marang di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua penyokong dan orang ramai supaya tidak melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU14 ini.
“Kita perlu terima. Jangan kita buat sesuatu yang akan menyusahkan rakyat dan negara,” katanya lagi.
Datuk Seri Abdul Hadi turut berpuashati dengan tempoh berkempen 11 hari yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya.
“PAS berjaya melalui tempoh berkempen itu tanpa sebarang masalah dan insiden yang tidak diingini.”
“Kita gunakan pendekatan tidak berbalah tetapi boleh berbeza. Ia adalah pendekatan yang baik. Kita elakkan daripada pertembungan yang tajam, boleh berbeza pendapat tapi tidak boleh bergaduh,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Parlimen
#PAS
#pilihan raya
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan