awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji dedah ada pemimpin terdahulu tidak suka Blok Borneo

Assim Hassan
Assim Hassan
27/07/2025
12:30 MYT
Hajiji dedah ada pemimpin terdahulu tidak suka Blok Borneo
Hajiji berkata, beliau terkejut dengan kenyataan tersebut hingga tawar hati untuk bekerjasama dan memberi sokongan. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Tindakan pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak suka dengan Blok Borneo menyebabkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertindak memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
Tanpa mendedahkan nama pemimpin itu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau terkejut dengan kenyataan tersebut hingga tawar hati untuk bekerjasama dan memberi sokongan.
“Orang itu menyatakan mereka ialah ‘master’. Dia tidak suka dengan Blok Borneo… dia tidak mahu kita berkongsi pengalaman dan cerita dengan negeri jiran kita Sarawak.
“Saya amat terkejut dengan kata-kata itu… lama saya berfikir apa niat beliau nyatakan itu. Fikir punya fikir, saya tawar hati dengan mereka.
“Akhirnya saya membuat keputusan membawa GRS menyokong Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Penggulungan Presiden pada Persidangan Agung Tahunan 2025 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Kota Kinabalu pada Ahad.
Kata Hajiji, tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tepat selepas beberapa tuntutan dan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan sedikit demi sedikit.
Ujarnya, sebelum ini amat sukar untuk kerajaan menurunkan kuasa atau meluluskan permintaan Sabah.
“Jadi apa yang kita harapkan kalau Kerajaan Perpaduan baik untuk negeri kita, kenapa tidak kita sokong Kerajaan Perpaduan ini?,” katanya.
Sementara itu, semasa sidang media, Hajiji berkata, beliau akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim ke Jakarta, Indonesia.
Katanya, beberapa perkara akan dibincangkan mengenai pembangunan dan tuntutan bersama isu Ambalat dengan Kerajaan Indonesia.
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Kerajaan Perpaduan
#tuntutan bersama
#tawar hati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan