awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji zahir penghargaan atas sokongan dari tiga bekas ADUN Warisan

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
08/02/2023
03:50 MYT
Hajiji zahir penghargaan atas sokongan dari tiga bekas ADUN Warisan
Datuk Seri Hajiji Noor ketika menyempurnakan Majlis Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan penghargaannnya kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekas dari Parti Warisan yang menyokong kerajaan pimpinannya.
Tiga ADUN tersebut ialah, Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor).
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, beliau berterima kasih kepada mereka (tiga ADUN Warisan) yang mengumumkan sokongan tersebut.
"Terima kasihlah kepada mereka yang sudah umumkan menyokong kerajaan yang saya pimpin," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu, semalam.
Ketika di tanya apakah pihaknya sudi menjemput 3 ADUN tersebut ke dalam parti yang diterajuinya, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Hajiji berkata, beliau juga masih menunggu keputusan untuk diri mereka dahulu.
"Saya tengok dulu macam mana. Kita tunggu apa yang mereka putuskan nanti bagi diri mereka dan juga masa depan politik mereka," tegasnya.
Sebelum ini ketiga-tiga ADUN tersebut telah mengumumkan keluar parti (Warisan) pada Isnin lalu.
Bekas Ketua Wanita Warisan, Norazlinah Arif berkata, keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira segenap sudut serta hala tuju perjuangan parti Warisan termasuk pandangan akar umbi di kawasan DUN yang diwakili.
"Kami dengan ini mengisytiharkan keluar parti Warisan dan memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri.
"Seiring dengan itu, kami melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau peringkat Ahli Majlis Tertinggi.
"Malah, kami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan," katanya.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon maaf kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan-rakan dan juga penyokong-penyokong parti Warisan.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Sabah
#bekas ADUN Warisan
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan