awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harap 'perceraian' Pas-PKR talak tiga - Ismail Sabri

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
13/05/2017
11:30 MYT
Harap 'perceraian' Pas-PKR talak tiga - Ismail Sabri
Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata keputusan Pas itu sudah dijangka memandangkan gabungan itu terbentuk kerana sikap ego. - Foto Fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap keputusan Pas untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR akan berterusan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata keputusan Pas itu sudah dijangka memandangkan gabungan itu terbentuk kerana sikap ego.
Malah katanya, gabungan itu dilihat seperti tiada dasar dan matlamat yang jelas.
"Saya kira Pas mengambil tindakan yang bijak kerana saya percaya selama ini, kemenangan PKR banyak bergantung kepada Pas dan bukan Pas bergantung kepada PKR.
"Jadi lebih baik dia tinggalkan PKR yang bagi saya mereka mengkhianati perjanjian mereka. Pemimpin-pemimpin PKR sudah lama kutuk Presiden mereka dan sebagainya.
"Jadi sedangkan selama ini PKR bergantung menang dengan Pas. Bukan sebaliknya. Saya rasa Pas membuat keputusan yang bijak. Tahniah kepada Pas kerana bercerai dengan PKR. Saya harap bercerai talak tiga, tidak perlu rujuk lagi," katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Rural Business Challenge 2016 di sini hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas PKR melanggar banyak syarat kerjasama politik yang berdasarkan prinsip Islam.
Pada hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional dan UMNO akan menyusun semula jentera dan strategi politik bagi menghadapi senario baru politik berikutan perpecahan di antara Pas dan PKR kerana dijangkakan lebih banyak pertandingan tiga penjuru akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Topic Berkaitan
#Hubungan politik
#kerjasama politik
#PAS
#pilihan raya
#PKR
#tahaluf siyasi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan