KULIM: Fokus utama kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan menyelesaikan isu pemulihan ekonomi.
Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli politik perlu berhenti bermain politik berbaur ancaman dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan rakyat.
Katanya semua pihak seharusnya menghormati keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membuat pelantikan Perdana Menteri.
"Jadi kita selesaikan semua itu dalam Parlimen. Tak perlu keluar kenyataan yang menimbulkan keresahan rakyat, rakyat penat.
"Rakyat sedang menghadapi suasana pandemik, ekonomi negara belum dapat pulih lagi sepenuhnya, rakyat terjejas.
"Kita ada banyak kerja sedang menunggu kita, saya fikir cukup la politicking yang berbaur ancaman. Kita selesaikan melalui saluran iaitu dewan perundangan, itu saya fikir lebih bijaksana dan molek," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam ceramah di Padang Serai yang mendakwa terdapat usaha dilakukan supaya Kabinet tidak bertahan lama bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) memerintah.
Sementara itu, Saifuddin berkata beliau enggan melayan isu 'picisan' yang dilemparkan kepada Kerajaan Perpaduan, sebaliknya mahu terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
"Perdana Menteri beri peringatan untuk kita terus fokus untuk kerja, kita sangat banyak kerja, kalau nak melayan istilah, semantik dan sebagainya, tak akan habis kerja kita.
"Kita tak akan benarkan diri kita teralih terhadap hal picisan seperti itu, fokus kita, kerja kita punya tugas besar dan amanah besar, seperti nasihat Yang di-Pertuan Agong kepada pimpinan parti, iaitu berusaha ke arah untuk membawa kestabilan politik, fokus kepada isu pemulihan ekonomi, tumpu pembelaan rakyat. Itu fokus yang kami akan tunaikan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Saifuddin yang melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada Isnin berkata akan memulakan tugas dengan mengimbas kad perakam waktu sebagai Menteri Dalam Negeri di pejabatnya pada Selasa.
Beliau berkata antara tekadnya adalah untuk memastikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain di bawah kementeriannya berperanan lebih proaktif.
Terdahulu, dalam lawatan singkat di IPD Kulim itu, beliau menyerahkan bantuan dua bot kepada IPD Kulim dan 10 komputer kepada IPD Bandar Baharu, dan Rela Kulim.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Dec 05 2022

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan bantuan dua bot kepada IPD Kulim dan 10 komputer kepada IPD Bandar Baharu, dan Rela Kulim. - Foto BERNAMA

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, laporan dan siasatan polis telah dijalankan dan mendapati tiada unsur pemerdagangan manusia terlibat.

Majikan perlu buat bayaran levi sebelum kenal pasti pekerja asing
Majikan perlu membuat bayaran levi di Jabatan Imigresen sebelum mengenal pasti pekerja asing di negara sumber.

Pelan baharu bantu mudahkan proses pengambilan pekerja asing diwujudkan - Saifuddin
Majikan akan dibenar untuk menggajikan pekerja asing dari 15 negara sumber berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan sebenar.

KDN tubuh jawatankuasa khas teliti isu berkaitan kewarganegaraan
Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti isu berkaitan kewarganegaraan secara menyeluruh daripada pelbagai aspek.

Kapal Peronda Luar Pesisir pertama siap Mac ini - Saifuddin
Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal siap sepenuhnya dan diserahkan pada Mac ini.

Kurangkan masa tempoh pengambilan, pengurusan pekerja asing dijajar semula
Pengurusan pekerja asing antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dijajarkan semula dalam usaha mengurangkan tempoh masa pengambilan pekerja asing.

Ceroboh Menara Merdeka 118: Saifuddin akan dapatkan laporan penuh
Wanita warga Rusia yang terlibat dalam insiden itu telah mendedahkan perbuatan menceroboh menara tersebut di laman sosial media.

70 peratus penagih dadah sertai program RPDK pulih - Saifuddin Nasution
Sejumlah 70 peratus daripada 44,754 penagih dadah yang menyertai Program RPDK AADK dipulihkan daripada kembali terlibat dengan enyalahgunaan bahan terlarang itu.

Majlis Presiden PH akan bincang soal kerjasama dengan BN - Saifuddin
Soal kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi berdepan beberapa lagi siri pilihan raya berkemungkinan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 7 Januari ini.