KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek Ronnie Liu Tian Khiew bagi diambil keterangan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata ADUN itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi.
"Ronnie Liu ditahan kira-kira 10.40 pagi tadi untuk memberi keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes memuat naik status di media sosial dilakukannya berkait Yang di-Pertuan Agong.
"Dia akan dibebaskan selepas keterangannya dirakam," katanya kepada Bernama.
Semalam, Bernama melaporkan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sebagai berkata Liu merupakan antara empat individu yang disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi media sosial.
Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020
Polis masih mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes itu. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Fokus Minggu Depan: Perang Iran-Israel: Perkembangan seterusnya?
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai perkembangan perang Israel-Iran yang ketika ini menggegarkan Asia Barat.
Data sekolah di Singapura diceroboh
Kementerian Pendidikan semalam mengesahkan berlaku pelanggaran data di salah satu vendornya mengakibatkan 'akses tidak dibenarkan' bagi nama dan alamat e-mel ibu bapa dan kakitangan lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah.
87 maut, 82 cedera akibat hujan lebat berterusan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 87 orang maut dan 82 yang lain cedera dalam insiden dicetuskan hujan di Pakistan sejak minggu lalu ketika hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negara itu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), semalam.
Pertempuran sengit paksa 200 orang lari ke Thailand
Pertempuran bertambah sengit di sempadan timur Myanmar dengan Thailand hari ini, memaksa kira-kira 200 orang awam melarikan diri ketika pemberontak mengusir tentera junta yang bersembunyi di lintasan sempadan jambatan.
Liga Hoki Selangor TNB-QNET kembali dipertandingkan tahun ini
Selepas lima tahun menyepi, Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan kembali dianjurkan bermula hari ini hingga 2 Jun depan dalam usaha mencungkil bakat baru sukan hoki di tanah air.
Bio-Home lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew di Kota Kinabalu.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan anaknya yang berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Ahmad Zahid jumpa 40 ADUN BN Johor malam ini
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri satu perjumpaan tertutup bersama 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Johor, malam ini.
Keputusan permohonan empat ADUN P. Pinang pinda saman berkaitan Antilompat Parti 6 Okt
Pesuruhjaya Kehakiman Azizan Md Arshad menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini berhubung permohonan ADUN tersebut.
Pengerusi DAP Sabah mahu wakil rakyat keluar parti letak jawatan ADUN
Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon berkata dua wakil rakyat yang mengesahkan keluar parti itu malam tadi, sepatutnya turut meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
ADUN dinasihat jadi contoh dan teladan kepada rakyat - MB Perak
Mana-mana individu yang dipilih menjadi ADUN perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Calon wakil rakyat Johor akan dipinda dari 21 ke 18 tahun - MB
Sehubungan itu, Sidang Khas DUN Johor akan diadakan dalam masa terdekat bagi meminda Fasal 16 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.
ADUN Tenggaroh positif COVID-19, tiga lagi wakil rakyat diarah kuarantin
Tiga lagi ADUN iaitu ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Tangkak, Ee Chin Li dan ADUN Senai, Tee Boon Tsong diarah menjalani kuarantin.
ADUN Indera Kayangan positif COVID-19 sedang jalani kuarantin
Gan Ay Ling menjadi kontak kepada seorang penduduk yang positif COVID-19 yang ditemuinya pada 8 Ogos lalu.
Sidang DUN Kelantan akan dilakukan secara bersemuka: Speaker
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah ADUN yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat.
ADUN Galas Mohd Syahbuddin sahkan positif COVID-19
Perkara itu disahkan sendiri ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.
Sokongan sebulat suara DUN Perak kepada Saarani sebagai Menteri Besar
Usul tersebut dikemukakan oleh ADUN Trong, Jamilah Zakaria.