awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin digesa campur tangan keputusan Mahkamah Tentera - PKR

Syafique Shuib
Syafique Shuib
13/01/2015
05:35 MYT
Hishammuddin digesa campur tangan keputusan Mahkamah Tentera - PKR
Menteri Pertahanan digesa untuk mencampur tangan susulan keputusan Mahkamah Tentera yang menjatuhkan hukuman pemecatan Mejar Zaidi Ahmad, ujar Johari. - Foto Fail
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein digesa untuk mencampur tangan susulan keputusan Mahkamah Tentera yang menjatuhkan hukuman pemecatan Mejar Zaidi Ahmad.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat pagi tadi, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul anggap hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan Mejar Zaidi yang mendedahkan masalah dakwat ketika pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
"Menteri Pertahanan perlu melihat kembali kes ini dan memberikan keadilan kepada Mejar Zaidi.
"Isu yang dibawa Mejar Zaidi bukankah membocor rahsia kerajaan atau mencuri enjin kapal terbang. Beliau cuma berkata perkara yang benar," katanya.
Johari turut berkata bahawa hukuman yang diterima tidak adil kerana beliau telah berkhidmat selama 26 tahun dan pernah ditugaskan di Bosnia.
"Ketika dia memaklumkan tentang dakwat kekal, pihak kerajaan atau polis sepatutnya membuat satu siasatan. Ini tidak, malah Mejar Zaidi dikenakan tindakan disiplin dan akhirnya dikenakan tindakan maksimum iaitu tamat perkhidmatan," kata Johari.
Beliau turut berkata jika pihak kerajaan tidak mengambil tindakan, ia seperti pihak kerajaan sekongkol dalam keputusan ini.
"Ia tidak baik di mata dunia dan jangan melibatkan anggota tentera dalam isu politik," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Tun Hussein
#PAS
#Zaidi Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan