KUALA LUMPUR: Semua pihak harus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membentangkan usul undi percaya terhadapnya pada persidangan Parlimen minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata tindakan sedemikian menunjukkan Anwar adalah seorang yang berani.
"Pandangan peribadi saya sangat mudah. Akhirnya dalam sistem Westminster, sesiapa sahaja boleh mengusulkan undi percaya pada bila-bila masa.
"Tetapi untuk Perdana Menteri hari ini mengadakan usul tersebut walaupun sudah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong selain sokongan gabungan besar dan beliau mahu ia dibuat daripada bawah...saya rasa kita perlu menghormati keputusannya," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022, di sini, hari ini.
Azalina berkata Anwar mahu Ahli Parlimen menunjukkan sokongan mereka kepada dirinya dan ia adalah hak prerogatifnya sebagai sebagai Ketua Majlis Mesyuarat (Ketua Dewan).
"Saya rasa beberapa perdana menteri tidak akan melakukannya. Tetapi dia (Anwar) mahu. Mungkin apabila Kerajaan Perpaduan ini bercakap tentang ketelusan dan akauntabiliti dan itulah langkahnya. Ia datang daripada Ahli Parlimen di luar sana.
"Ahli Parlimen perlu menunjukkan sokongan kerana ini adalah Kerajaan Perpaduan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kita tnggu dan lihat pada 19 dan 20 Dis ini," katanya.
Ditanya apa yang akan berlaku jika Anwar tidak lulus undi percaya tersebut, Azalina menjawab: "Itu untuk Speaker (Dewan Rakyat) jawab."
Anwar telah menyatakan bahawa usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Katanya, beliau menjelaskan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini.
Usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar akan menjadi antara agenda utama pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang djadual berlangsung selama dua hari bermula 19 Dis ini.
Anwar, pada sidang pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov lalu, menegaskan akan membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Azalina berkata tindakan sedemikian menunjukkan Anwar adalah seorang yang berani. - Gambar fail/BERNAMA
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Semua pihak perlu bergerak ke hadapan, fokus pembangunan negara - Zahid
Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan Dewan Rakyat merupakan manifestasi buat semua pihak untuk bergerak ke hadapan.
Usul percaya kepada Perdana Menteri dibahas
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini akan dibahaskan.
Usul undi percaya, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat
Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai PM10 terkandung pada nombor lapan Aturan Urusan Mesyuarat.
Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.
Hormati keputusan Anwar usul undi percaya - Azalina
Azalina berkata tindakan sedemikian menunjukkan Anwar adalah seorang yang berani.
Undi percaya PM Anwar wajar, muktamadkan keabsahan - Amiruddin
Amirudin berkata, usul undi percaya itu adalah wajar bagi memastikan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan.
PM ke-10: Parlimen bersidang 19 Dis, undi percaya jadi usul pertama - Anwar
Undi percaya akan menjadi usul pertama yang akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan pada 19 Disember depan.
"Tak perlu usul undi percaya PM" - Naib Presiden Pas
Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kelak.
Undi Percaya: Kenyataan Peguam Negara bercanggah titah Agong - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menggunakan nasihat Peguam Negara sekiranya tidak mahu mengikuti jejak langkah Muhyiddin Yassin.
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat masih perlu dilakukan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu.