Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini disahkan secara rasmi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas setelah dilucutkan keanggotaannya dari parti itu.
Menurut Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, surat pemakluman mengenai kedudukan Husam yang juga ADUN Salor yang tidak lagi menjadi ahli PAS serta perubahan kerusi dalam Dewan sudahpun dihantar kepada Husam dua minggu lalu.
“Ia amalan biasa di Parlimen juga, di DUN, apabila sesorang ahli (ADUN) bukan lagi ahli kepada parti kerajaan, maka sudah tentu tempat duduk dalam Dewan juga berubah.
“Sebagai Bebas, (surat) sudah dihantar dua minggu sebelum sidang Dewan, sudah berubah. Bukan berpunca dari masalah dari PAS, UMNO, Barisan Nasional. (Husam) bukan dari parti kerajaan, bila tidak lagi dari parti kerajaan, maka tempat duduknya di tempat Bebas,” kata Abdullah pada sidang media di Kota Bharu, pada Rabu.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, jawatankuasa itu telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam sebelum ini dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lalu.
Ujarnya, jawatankuasa tatatertib mendapati Husam telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan fasal 82 (1)(b), (c), (d), (e) dan (f) perlembagaan parti.
Berikutan itu, jawatankuasa tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat Husam daripada menjadi ahli PAS.
Husam dalam reaksinya hari ini berkata beliau menerima keputusan pemecatannya dari parti namun mempertikaikan cara beliau dipecat.
Husam bagaimana pun tidak hadir pada persidangan dewan hari ini.
Muhafandi Muhamad
Wed Jun 01 2016
Menurut Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, surat pemakluman mengenai kedudukan Husam yang tidak lagi menjadi ahli PAS sudahpun dihantar kepada Husam (gambar) dua minggu lalu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.