awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ijazah ada, akal kerdil' - Mujahid desak Presiden Pas mohon maaf

Bernama
Bernama
16/02/2019
13:47 MYT
'Ijazah ada, akal kerdil' - Mujahid desak Presiden Pas mohon maaf
MUJAHID: Penerbitan artikel tersebut telah menjejaskan imej saya selain meluaskan lagi kepalsuan. - BERNAMA/Fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa telah mengeluarkan surat meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bertajuk 'Ijazahnya ada, akalnya kerdil'.
Mujahid berkata kenyataan yang turut disiarkan oleh Harakah Daily itu walaupun ditulis secara kiasan tetapi beliau percaya merujuk kepada dirinya.
"Berpandukan kenyataan diuar-uarkan dan tular kononnya saya kata Rasullah SAW tidak masuk universiti, tiada ijazah, walhal saya tak kata.
"Tapi yang saya tak kata itulah Presiden PAS buat artikel bertajuk 'Ada ijazah, akalnya kecil' dan jelas ia secara berkias (kepada) seorang menteri, pastinya itu saya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia daerah Kerian di sini pada Sabtu.
Menurut Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, penerbitan artikel tersebut telah menjejaskan imej beliau selain meluaskan lagi kepalsuan.
Bagaimanapun, Mujahid tidak pasti jika surat tersebut telah dihantar atau sebaliknya oleh pegawai beliau.
"Saya telah keluarkan surat untuk tarik balik (kenyataan) dan mohon maaf sebab tak mungkin orang buat artikel tapi orang itu tak kata," katanya sambil menambah langkah susulan akan diambil berdasarkan tindakan Hadi. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Mujahid Yusof Rawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan