awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKATAN isytihar solidariti terhadap Tun Mahathir

Amirah Shariffudin
Amirah Shariffudin
19/03/2019
09:14 MYT
IKATAN isytihar solidariti terhadap Tun Mahathir
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata bahawa rakyat harapkan kerajaan akan menggunakan peluang ini untuk mengkaji dan memperkukuhkan kembali asas-asas negara dan memperteguhkannya. - Foto FACEBOOK/bernamaradio
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) hari ini mengisytiharkan solidariti terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpinnya.
Menurut Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, IKATAN dilahirkan untuk mengalih kembali rakyat dan negara kepada semangat dan asas-asas negara yang dibina oleh bapa-bapa kemerdekaan terdahulu.
Katanya, visi dan misi IKATAN serta dokumen Dr Mahathir mempunyai matlamat sama iaitu untuk membina sebuah ‘bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil dan saksama serta bahagia’.
“Rakyat Malaysia berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang telah berdiri begitu kukuh dan lama. Rata-rata diakui apa yang memungkinkan perkara ajaib ini berlaku adalah ‘Tsunami Tun M’.
“Harapan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin bukanlah hanya sekadar memenuhi mandat kerajaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
“Lebih dari itu, rakyat dan negara harapkan kerajaan ini akan menggunakan peluang keemasan yang ada untuk mengkaji dan memperkukuhkan kembali asas-asas negara dan memperteguhkannya,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Bagaimana, kata Abdul Kadir, sokongan IKATAN terhadap Dr Mahathir tidak memberi isyarat bahawa parti itu akan menyertai Bersatu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan sokongan itu merupakan usaha untuk mengembalikan integriti negara yang disifatkannya sudah terpalit dengan rasuah serta politik wang.
Katanya, isu rasuah dan pelbagai kegiatan ke arah kemusnahan negara sudah lama wujud sebelum skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Ianya sedang bergerak begitu pantas ke belakang ke arah menjadi sebuah negara gagal dan ‘kleptokratik’. Kegiatan ke arah kemusnahan negara ini telah bermula sebelum 1MDB lagi,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Ikatan
#IKATAN isytihar solidariti
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Parti Ikatan Bangsa Malaysia
#politik wang
#Rasuah
#solidariti terhadap Tun M
#Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
#UMNO
#Wawasan 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan