KUALA LUMPUR:Mengikut konsensus yang dicapai dalam pembahagian jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar, Perak sepatutnya kekal milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kerana ia dijawat wakil parti itu sebelum pembentukan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ujarnya lagi, perjanjian itu telah dimeterai antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada awal tahun ini.
Beliau berkata, perjanjian mengenai jawatan itu dicapai ketika pembentukan PN di peringkat Persekutuan, bagi memelihara kerjasama politik yang kukuh dan utuh, serta keperluan dan situasi politik semasa di negeri-negeri di bawah tiga parti tersebut.
“Ketika pembentukan Kerajaan PN di peringkat pusat, kedudukan kerajaan-kerajaan negeri juga diambil kira bagi memastikan wujud kesinambungan antara kepimpinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
“Bagi tujuan tersebut, kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan ADUN terbesar semata-mata, tetapi ia juga atas dasar tolak ansur dan persetujuan bersama di antara semua parti yang terlibat,” kata Ahli Parlimen Larut itu, dalam satu kenyataan hari ini.
Selain Perak, Hamzah turut menyebut bagaimana Johor diserahkan semula kepada UMNO, menjadikan jumlah negeri yang diketuai parti itu ialah empat, termasuk Melaka, Perlis dan Pahang.
Bagi Pas pula, persetujuan dicapai untuk mengetuai Kelantan, Terengganu, dan Kedah, manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal menerajui Sarawak.
“Alhamdulillah, persefahaman politik ini telah terbukti dapat mengukuhkan kedudukan kepimpinan kerajaan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
“PN telah menguasai semula negeri tersebut dan persetujuan telah dicapai untuk wakil Bersatu menjawat jawatan Ketua Menteri bagi negeri Sabah.
Bergerak ke hadapan, Hamzah berkata, persefahaman politik itu harus dikekalkan bagi menghadapi PRU-15 akan datang agar PN bukan hanya dapat terus memerintah sebagai Kerajaan pusat, tetapi juga berjaya mengambil alih kerajaan negeri di bawah pembangkang (Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang.
Untuk memastikan kelangsungan permuafakatan tersebut, beliau mencadangkan satu gagasan besar diwujudkan secara rasmi bagi melambangkan kesatuan semua tiga gabungan parti besar yang bersama Kerajaan pimpinan PN hari ini, iaitu PN, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak.
“Gagasan itu bakal menjulang wawasan dan aspirasi yang diperjuangkan oleh parti-parti politik yang bergabung di bawahnya. Oleh itu, satu Piagam Persefahaman Politik antara tiga gabungan parti besar ini harus segera direalisasikan.
“Dengan termeterainya piagam ini, rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar bagi memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat di masa hadapan,” katanya lagi.
Hamzah berkata, sebagai sebuah gagasan yang inklusif, semua pemimpin parti yang bergabung di dalamnya harus diberikan ruang dan peluang yang sama untuk menyuarakan pendapat serta pandangan masing-masing.
“Dengan mengambil kira kehendak semua parti tidak kira besar atau kecil, tidak kira mewakili mana-mana bangsa, kaum dan agama, gagasan ini nanti mampu melahirkan satu manifesto yang benar-benar memenuhi keperluan seluruh lapisan rakyat Malaysia.
“Saya yakin sekiranya semua pemimpin benar-benar ikhlas untuk menentukan masa hadapan negara yang lebih baik, insya-Allah tanah air ini akan menjadi sebuah negara kebanggaan rakyatnya dan disegani dunia,” katanya lagi.
BACA: PN, BN dan GPS perlu bermuafakat, wujudkan satu gagasan besar - Hamzah Zainudin
Firdaus Azil
Fri Dec 11 2020
HAMZAH: Kerjasama politik tidak dijalinkan atas dasar parti yang mempunyai bilangan ADUN terbesar semata-mata, tetapi ia juga atas dasar tolak ansur dan persetujuan bersama di antara semua parti yang terlibat. -Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.