Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata internet menjadi faktor penentu dalam pilihan raya memandangkan politik dan kempen politik kini lebih banyak bergantung dengan media dalam talian dan elektronik.
Salleh berkata penggiat politik mula menggunakan Internet pada 1998 untuk mempengaruhi pandangan umum namun 10 tahun kemudian, rakyat Malaysia menyedari tentang impak internet dalam mempengaruhi undi.
Dalam catatan terbaru blognya, bendahari UMNO itu memetik kenyataan jutawan media Rupert Murdoch yang menyatakan bahawa menjelang 2050, media akan menjadi dalam talian atau elektronik sepenuhnya, dan media cetak akan menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi.
"Sebenarnya apa yang akan berlaku, ia mungkin jauh lebih awal daripada 2050," kata Salleh sambil menambah bahawa setiap orang, terutama industri media, perlu bergerak seiring dengan masa dan menjadi celik internet.
Malah lebih penting lagi, kita tidak boleh merosakkan integriti media dalam talian dengan pertambahan berita palsu kerana ini akan mewujudkan masalah defisit amanah yang serius," katanya
Salleh menegaskan setiap orang perlu memastikan integriti media dalam talian tidak terhakis disebabkan tindakan segolongan manusia.
"Jika tidak, apa yang boleh menjadi alat yang sangat berharga akan menjadi stigma kerana tiada siapa yang boleh dipercayai tentang apa yang diterbitkan dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2017
Internet menjadi faktor penentu dalam pilihan raya memandangkan politik dan kempen politik kini lebih banyak bergantung dengan media dalam talian dan elektronik. - Gambar fail
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.