awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad dakwa terima bantuan MIC berkempen di Port Dickson

Bernama
Bernama
01/10/2018
16:22 MYT
Isa Samad dakwa terima bantuan MIC berkempen di Port Dickson
ISA: Ada kawan-kawan turun membantu saya... - Gambar fail
Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad mendakwa beliau menerima bantuan dan sokongan daripada MIC dalam berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata terdapat beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu turun berkempen khususnya dalam mendekati pengundi kaum India di kawasan Parlimen tersebut.
"Ada kawan-kawan dalam kalangan pemimpin MIC di Port Dickson turun membantu saya mendekati pengundi India di sini, " katanya pada sidang media di Kampung Bagan Pinang, di sini, hari ini.
Kawasan Pilihan Raya Parlimen Port Dickson mempunyai 75,212 pemilih berdaftar dengan 21.41 peratus terdiri daripada kaum India, Melayu (42.35 peratus), Cina (33.81 peratus) dan 2.43 peratus terdiri daripada lain-lain kaum.
PRK itu pada 13 Okt ini akan menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Pas dan lima calon Bebas.
PH diwakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 71, manakala calon Pas ialah Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazri Mokhtar, 57.
Sementara dua calon Bebas terdiri daripada Mohd Isa, 69 dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33.
Tiga lagi calon Bebas lain ialah Stevie Chan Keng Leong, 51, Lau Seck Yen, 51, dan Kan Chee Yuen, 45.
PRK itu diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi menewaskan calon BN dan Pas.
Pada 24 Sept lalu, BN sebulat suara memboikot PRK itu dengan tidak meletakkan calon kerana menyifatkan pertandingan berkenaan semata-mata memenuhi cita-cita politik individu dan cara pengosongan kerusi itu tidak demokratik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#calon Bebas
#Isa Samad
#kempen politik
#MIC
#politik
#Port Dickson
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan