awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Azee Shafy
Azee Shafy
19/01/2023
09:21 MYT
Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Ismail Sabri berkata, masih terlalu awal untuk menentukan perkara itu, namun beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera. - Gambar fail
BERA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.
Katanya, masih terlalu awal untuk menentukan perkara itu, namun beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.
"Saya perlu berbincang dengan orang Bera dulu (untuk pertahan jawatan Naib Presiden).
"Yang pasti, saya akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera di dalam kawasan Parlimen Bera ini," katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Kawalan Operasi Daerah Bera (PKOD) dan Majlis Penyerahan Sijil, Pingat Pertahanan Awam serta Pemakaian Pangkat Anggota APM, di sini, pada Khamis.
Ismail Sabri memberitahu, Perhimpunan Agong UMNO (PAU) baru-baru ini, memutuskan hanya jawatan Naib Presiden dan ke bawah sahaja yang akan dipertandingkan pada pemilihan parti.
Katanya, keputusan PAU itu seolah-olah 'keputusan muktamad' bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
"Kita tak tahu lagi apa jadi selepas ini. Kalau ada (tindakan) perundangan atau apa-apa perkara berkaitan perundangan... contohnya kalau ada orang yang mencabar keputusan tersebut, mungkin berbeza.
"Tapi setakat hari ni, berdasarkan keputusan PAU, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
"Seperti saya katakan tadi, saya akan mempertahankan jawatan di Bahagian Bera sebab sebagai Ahli Parlimen Bera perlu ada dalam Bahagian.
"Kita akan teruskan dengan Bera dulu, yang lain tunggu dululah. Kita akan bincang. Tunggulah pengumuman saya nanti," tambahnya lagi.
Bekas Perdana Menteri itu ditanya sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden atau sebaliknya pada Pemilihan UMNO tahun ini.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Pemilihan UMNO
#pertahan jawatan
#PAU2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan