awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Kabinet bermula

Bernama
Bernama
30/08/2021
06:37 MYT
Istiadat Angkat Sumpah Menteri Kabinet bermula
Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini hari ini,. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri Kabinet baharu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini hari ini.
Turut berangkat pada istiadat yang bermula pada 2.30 petang itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan hadir bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian selepas terpaksa menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini setelah disahkan kontak rapat pesakit COVID-19.
Selain itu, turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Majlis itu berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh perdana menteri pada Jumaat lepas.
Saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Ismail Sabri itu terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri.
Kesemua mereka diumum sebagai ahli pentadbiran negara oleh Ismail Sabri, tujuh hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Seri Paduka pada 20 Ogos lepas.
Ismail Sabri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Istiadat Angkat Sumpah Kabinet
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan