awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dana judi: 'Kenapa Muhyiddin nak saman saya?' - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/05/2023
04:49 MYT
Isu dana judi: 'Kenapa Muhyiddin nak saman saya?' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid hairan dengan kenyataan Muhyiddin yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hairan dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau berhubung dakwaan dana perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya umum yang lalu.
“Saya... saya? Pasal apa saya?,” soalnya pada sidang media selepas merasmikan majlis kemuncak National Training Week 2023 di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Pengerusi PN itu mempertimbang untuk menyamannya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dikatakan mengaitkan Perikatan Nasional (PN) menerima dana judi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Semalam, Muhyiddin memberitahu, akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil langkah seterus terhadap kenyataan yang dibuat oleh perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu.
Ia susulan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.
Azalina berkata, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan bagaimanapun agensi itu mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, tiada apa-apa fail siasatan dibuka.
Sebelum ini, Anwar dalam sidang medianya mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.
Topic Berkaitan
#dana judi
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
#saman mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan