awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu hak milik tanah 999 tahun tiada dalam syarat pembentukan kerajaan Perak

Bernama
Bernama
23/11/2022
08:09 MYT
Isu hak milik tanah 999 tahun tiada dalam syarat pembentukan kerajaan Perak
Tuntutan mengenai hak milik tanah 999 tahun untuk kampung-kampung baru di Perak tidak berbangkit dalam syarat pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar BERNAMA
IPOH: Tuntutan mengenai hak milik tanah 999 tahun untuk kampung-kampung baru di Perak tidak berbangkit dalam syarat pembentukan kerajaan perpaduan di negeri itu, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
"Tiada. Tidak pernah ada apa-apa tuntutan itu berlaku," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Beliau mengulas maklumat WhatsApp yang tular kononnya Pakatan Harapan (PH) bersetuju menerima syarat Barisan Nasional (BN) untuk diberikan jawatan Menteri Besar, Speaker dan tiga ahli majlis mesyuarat negeri jika PH menggugurkan tuntutan hak milik tanah itu.
Saarani berkata, kerajaan negeri berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Kanun Tanah Negara 1965 dalam perkara berkenaan.
Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa wujud perjanjian antara BN dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri, Saarani berkata, ia berkaitan agihan peranan.
PH dan BN bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri selepas masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.
Sementara itu, Saarani berkata, kesepakatan antara BN dengan PH memudahkan pembentukan kerajaan negeri Perak berbanding di peringkat kerajaan Persekutuan.
"Apabila sudah dimuktamadkan, kita fokus untuk bangunkan negeri dan tidak boleh ditangguhkan. Kita terus dengan mesyuarat Exco pertama. Kita kena jalan terus.
"Berbeza di pusat, ada beberapa parti lain seperti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tetapi di Perak kita ada BN, PH dan PN. Jadi dengan mudah kita boleh buat keputusan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Perak
#PH-BN tubuh kerajaan Perak
#pemilikan tanah 999 tahun
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan