awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu LCS: "Bagilah rakyat tahu apa yang sepatutnya" - Mahdzir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
21/08/2022
07:11 MYT
Isu LCS: "Bagilah rakyat tahu apa yang sepatutnya" - Mahdzir
Mahdzir bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Daya Maju Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di Pejabat Kemas Padang Terap, di sini pada Ahad. - Foto Astro AWANI
KUALA NERANG: Isu membabitkan pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) perlu dimaklumkan dan dijelaskan kepada rakyat agar ianya tidak dijadikan modal politik pihak tertentu untuk memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan, pemakluman secara terbuka itu adalah melibatkan perkara dan hal-hal membabitkan kapal LCS yang tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia.
Keterbukaan itu juga adalah bagi memastikan perkara yang sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berulang pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
"(Atas sebab) itu kena (ketelusan), sebab itu Perdana Menteri, (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada sebut bahawa (perlu) ada keterbukaan dalam dalam siri laporan yang nak dilaporkan.
"Jadi mana-mana (laporan dan pemakluman) yang boleh diklasifikasi sebagai bukan lagi rahsia, bagilah rakyat tahu apa yang sepatutnya (mereka) tahu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Pusat Daya Maju Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di Pejabat Kemas Padang Terap, di sini pada Ahad.
Terdahulu, Perdana Menteri menegaskan rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.
Tambahnya, isu pembekalan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang membabitkan kontrak berjumlah RM9.13 bilion, perlu dijelaskan dengan teliti supaya tidak berlaku spekulasi dan rakyat tidak membuat keputusan sendiri.
Topic Berkaitan
#LCS
#Mahdzir Khalid
#UMNO
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan