awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pengampunan Najib: Kenyataan Khalid bukan mewakili Amanah - Zahid

Bernama
Bernama
30/04/2023
11:37 MYT
Isu pengampunan Najib: Kenyataan Khalid bukan mewakili Amanah - Zahid
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi Amanah. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad mengenai isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pendapat peribadinya dan bukannya pendirian keseluruhan parti berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi Amanah.
"Saya harap individu itu (Khalid) dapat membezakan pendapat peribadi dengan pendirian parti keseluruhan.
"Bagi saya, beliau harus belajar menghormati rakan-rakan parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan," kata beliau ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di sini hari ini.
BACA: Isu pengampunan Najib: UMNO perlu hormat pendirian Amanah - Khalid Samad
BACA: Isu pengampunan Najib: Amanah mohon maaf kepada UMNO
Pada 27 April lepas, Khalid dilaporkan berkata Amanah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.
Rentetan itu, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman dilaporkan berkata UMNO Kelantan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan Amanah di Kelantan sekiranya Khalid tidak menarik balik kenyataan itu yang menyinggung perasaan ahli UMNO keseluruhannya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Khalid sepatutnya bertemu dengannya bagi mendapatkan pencerahan mengenai pendirian UMNO berhubung isu pengampunan terhadap Najib.
"Jangan hanya baca apa yang tersurat, lihat apa tersirat, ini penting kerana kita dalam parti pelbagai dalam Kerajaan Perpaduan dapat wujudkan keharmonian," katanya.
Mengenai perkara yang dibangkitkan UMNO Kelantan itu, Ahmad Zahid berkata beliau telah meminta kepimpinan UMNO negeri supaya menyelesaikan perkara berbangkit secara baik.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang ditemui ketika menghadiri sambutan Aidilfitri itu berkata beliau mewakili parti Amanah memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid itu.
"Kadang-kadang kita terlanjur dan tiada malunya untuk kita memohon maaf sekiranya ia melukakan. Elok kita selesaikan dan move forward untuk perpaduan negara dan juga rakyat," katanya yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu pengampunan Najib
#Amanah
#Ahmad Zahid Hamidi
#Khalid Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan