awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu teraju Pakatan Harapan: DAP akan minta penjelasan Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2017
06:45 MYT
Isu teraju Pakatan Harapan: DAP akan minta penjelasan Muhyiddin
LIM: DAP akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden PPBM berhubung kenyataannya yang memberi bayangan bahawa PPBM ingin menerajui Pakatan. - Foto Fail
DAP akan mendapatkan penjelasan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya yang memberi bayangan bahawa PPBM ingin menerajui perjuangan Pakatan Harapan.
Tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ini Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai Ketua Pembangkang dan tiada sebarang perubahan mengenainya.
Malah kata Guan Eng, Pakatan Harapan juga masih belum mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan isu itu memandangkan PPBM baru sahaja diterima masuk ke dalam Pakatan.
BACA: PPBM beri bayangan mengetuai Pakatan Harapan
VIDEO: Mampukan PPBM terajui Pakatan Harapan?
“Saya rasa lebih baik saya dapatkan pengesahan, kadang-kadang laporan media itu tidak tepat.
“Kita pun belum mesyuarat lagi jadi biarlah kita pastikan ini laporan tepat bukanlah satu permainan oleh laporan media Barisan Nasional untuk melaga-lagakan sesama kita,’ katanya.
Muhyiddin dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, pada Sabtu berkata, langkah itu penting bagi memastikan Pakatan tersebut dipelopori oleh parti yang berteraskan melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
Kata Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripadanya.
Bagaimanapun, Muhyididn berkata, perkara itu akan dibicangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
Guan Eng ditemui pada Majlis Pelancaran Dasar Pengasingan Sisa Di Punca Peringkat Negeri Pulau Pinang di Georgetown pada Ahad.
Topic Berkaitan
#DAP
#Lim Guan Eng
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan