awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isytihar BN sebagai musuh tanda Muhyiddin kalut untuk berdepan PRU15 - Zahid

Astro Awani
Astro Awani
25/09/2022
14:42 MYT
Isytihar BN sebagai musuh tanda Muhyiddin kalut untuk berdepan PRU15 - Zahid
Ahmad Zahid mendakwa, sebahagian besar pimpinan BN termasuk dirinya dapat menghidu muslihat Muhyiddin biarpun ada juga sebahagian yang terpedaya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengisytiharan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama gabungan itu menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menulis di Facebooknya, Presiden UMNO itu berkata, rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Muhyiddin memusuhi BN.
"Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU15 semakin menghampiri.
"Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM (Bersatu) dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO.
"Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang pernah mereka zalimi.
"Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk PPBM bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan 'scheme of things'," katanya.
Ahmad Zahid mendakwa, sebahagian besar pimpinan BN termasuk dirinya dapat menghidu muslihat Muhyiddin biarpun ada sebahagian yang terpedaya.
Jelas beliau, tidak menghairankan Bersatu tidak mengisytiharkan PH sebagai musuh utama walaupun Muhyiddin pernah mendakwa PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.
"Mungkin beliau masih berharap membawa PN bekerjasama dengan PH yang tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.
"Barangkali juga satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Mahiaddin tersebut adalah pimpinan tertinggi Pas.
"Maka dengan pengumuman Mahiaddin BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran," katanya lagi.
Ketika berucapa pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu pada Sabtu, Muhyiddin mengisytiharkan BN adalah musuh PN dalam PRU15 nanti.
Dalam ucapannya Muhyiddin menjelaskan semua parti komponen PN yang terdiri dari Bersatu, Pas, Gerakan, Star dan SAP tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#BN
#Muhyiddin Yassin
#musuh utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan