awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara tolak permohonan benarkan Anwar hadir Parlimen

Bernama
Bernama
09/03/2015
08:28 MYT
Jabatan Penjara tolak permohonan benarkan Anwar hadir Parlimen
Jabatan Penjara tidak meluluskan permohonan bagi membolehkan Anwar Ibrahim (gambar) menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13. -Gambar fail
Jabatan Penjara tidak meluluskan permohonan bagi membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13.
Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar berkata ia diputuskan selepas pertimbangan dibuat, dan berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995.
"Saya dengan ini mengesahkan surat penolakan telah dihantar kepada pemohon pada Rabu, 4 Mac 2015," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata bahawa Jabatan Penjara sebelum ini telah menerima permohonan daripada Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan Tetuan Daim & Gamany bagi membolehkan Anwar, Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadiri sesi pertama sidang Parlimen tahun ini dari 9 Mac hingga 9 April.
Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995 memperuntukkan bahawa Komisioner Jeneral Penjara boleh mengarahkan supaya banduan dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia melalui perintah bertulis, setelah berpuas hati terdapat alasan munasabah yang menghendaki kehadiran seseorang banduan di tempat itu.
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Jabatan Penjara
#Komisioner
#Parlimen
#surat penolakan
#Zulkifli Omar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan