awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabu ucap terima kasih kepada Adenan, lantik empat Adun Dayak dalam kabinet Sarawak

Bernama
Bernama
15/05/2016
02:20 MYT
Jabu ucap terima kasih kepada Adenan, lantik empat Adun Dayak dalam kabinet Sarawak
Menurut Jabu, masih banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan masyarakat Dayak sambil menyeru masyarakat itu memberi sokongan penuh kepada Uggah supaya beliau dapat berkhidmat dengan baik. - Gambar fail
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Anak Numang Jabu mengucapkan terima kasih kepada ketua menteri Tan Sri Adenan Satem kerana melantik empat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kaum Dayak sebagai anggota Kabinetnya termasuk sebagai dua sebagai timbalan ketua Menteri.
Jumaat lalu Adenan melantik tiga timbalan ketua menteri, iaitu bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Jabu berkata beliau cukup yakin dengan kepimpinan Uggah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dan Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, mampu untuk memberi perkhidmatan cemerlang dalam memajukan masyarakat Dayak, khususnya di luar bandar.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Gawai Dayak yang disempurnakan Uggah di Bandar Baharu Batu Kawah di sini, malam tadi.
Menurut Jabu, masih banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan masyarakat Dayak sambil menyeru masyarakat itu memberi sokongan penuh kepada Uggah supaya beliau dapat berkhidmat dengan baik.
Sementara itu Ketua Publisiti PRS Alexander Donald dalam kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Adenan kerana melantik Masing sebagai timbalan ketua menteri dan menyifatkan pelantikan itu, sangat wajar berikutan kejayaan parti itu memenangi kesemua 11 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri, 7 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Jabu mengucapkan terima kasih kepada Adenan kerana melantik empat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kaum Dayak sebagai anggota Kabinetnya termasuk sebagai dua sebagai timb.ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan