awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna muktamar untuk jatuhkan pemimpin - Mustafa Ali

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
20/09/2014
07:43 MYT
Jangan guna muktamar untuk jatuhkan pemimpin - Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menasihatkan ahli PAS supaya tidak menggunakan muktamar kali ini sebagai medan menjatuhkan pemimpin. -Gambar fail
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menasihatkan ahli-ahli PAS supaya tidak menggunakan muktamar kali ini sebagai medan untuk menjatuhkan pemimpin.
Mustafa berkata PAS akan hilang pemimpin yang berkaliber jika mereka sering dijatuhkan oleh ahli-ahli parti.
"Kalau setiap kali naik pemimpin kita nak jatuhkan, maka satu masa nanti tidak ada lagi pemimpin.
"Jangan gunakan muktamar ini untuk pancung mana-mana pemimpin yang ada," katanya ketika berucap di sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.
Dalam ucapan itu juga Mustafa menegaskan bahawa semua kumpulan pemimpin adalah penting dalam PAS.
"Ulama, profesional atau aktivis semuanya penting bagi PAS, saling memerlukan," kata beliau.
Berhubung tuduhan yang mengatakan PAS hilang Terengganu kerana kegagalan kepimpinan Abdul Hadi, Mustafa menafikannya dan mempertahankan Presiden PAS itu.
Mustafa turut menafikan tuduhan yang mengatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak mempertahankan keputusan parti dalam mesyuarat majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu.
"Yang peliknya, orang yang buat tuduhan tidak ada dalam mesyuarat tersebut.
"Saya ingin tegaskan semua yang mewakili PAS dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, Mat Sabu (Mohamad Sabu), Husam, Salahuddin dan saya semua bersuara.
"Jadi yang mengatakan mereka tidak pertahankan keputusan parti adalah fitnah," katanya.
Topic Berkaitan
#hadi
#Mohamad Sabu
#Muktamar Pas
#Mustafa Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan