awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan politik sebagai karier jika tiada hasrat bantu rakyat - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
28/11/2016
10:19 MYT
Jangan jadikan politik sebagai karier jika tiada hasrat bantu rakyat - Tengku Adnan
"Politik bukan karier... mesti ada semangat untuk bantu rakyat dan negara. Apabila dengar gaji sudah naik, semua orang nak jadi wakil rakyat. - AWANI/SHAHIR OMAR
Pelajar luar negara diingatkan supaya tidak menjadikan bidang politik sebagai karier jika keghairahan membantu rakyat dan membangunkan negara bukan perkara pokok yang ingin diperjuangkan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana terdapat lulusan luar negara yang hanya menceburi bidang politik kerana ingin mendapatkan habuan tertentu seperti projek.
"Politik bukan karier... mesti ada semangat untuk bantu rakyat dan negara. Apabila dengar gaji sudah naik, semua orang nak jadi wakil rakyat.
"Saya nasihatkan semua penuntut khususnya di luar negara belajar dulu betul-betul dan kalau ada semangat benar-benar nak bantu rakyat, baru balik jadi wakil rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.
Tengku Adnan turut mengingatkan pelajar luar negara supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat di media sosial yang tidak diketahui kebenarannya.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ini kerana pihak pembangkang sering menjadikan media sosial sebagai platform menyebarkan pelbagai maklumat tidak tepat mengenai kerajaan bagi mendapat sokongan golongan muda.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Presiden kelab berkenaan, Afiq Adham Muhamad Fadhil berkata penyertaan kelab tersebut dalam Pehimpunan Agung UMNO ke-70 tahun itu akan dimanfaat sepenuhnya untuk menyampaikan hasrat pelajar luar negara.
"Antara isu yang mungkin disentuh dalam perbahasan kami adalah berkaitan sensitiviti agama dan politik propaganda yang mengaitkan agama selain sokongan untuk kami mendapat tempat dalam dunia pekerjaan supaya dapat berbakti kembali kepada negara kelak," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita politik
#Kelab UMNO
#Tengku Adnan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan