awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sertai perhimpunan Bersih - Presiden MIC

Bernama
Bernama
18/11/2016
14:27 MYT
Jangan sertai perhimpunan Bersih - Presiden MIC
DR SUBRAMANIAM: Bersih yang menganjurkan perhimpunan itu hanya ingin mewujudkan suasana kacau bilau di dalam negara. - Gambar fail
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan masyarakat khususnya kaum India untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 dijadual esok di Kuala Lumpur.
Beliau berkata Bersih yang menganjurkan perhimpunan itu hanya ingin mewujudkan suasana kacau bilau di dalam negara.
"Kalau mereka nak guna hak demokrasi, sepatutnya kena ikut nasihat polis (jangan adakan perhimpunan) tetapi mereka lebih kepada mewujudkan suasana kacau bilau dan ini saya rasa masyarakat perlu sebulat suara menentang.
"Saya berharap masyarakat India tidak akan memberi sokongan kepada kumpulan pergerakan ini kerana mereka cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kepimpinan Wanita dan Jentera Pilihan Raya Wanita MIC di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden MIC Datuk SA Vigneswaran, Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L.Manickam dan Ketua Wanita MIC M. Mohana.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam mengingatkan Wanita MIC untuk membuat persediaan yang lengkap untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN), khususnya MIC dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Saya telah menjelaskan salah satu perkara yang perlu kita beri perrhatian ialah perpaduan dalam kalangan ahli parti sendiri, macam mana menghampiri masyarakat umum secara keseluruhannya, dan melalui itu meningkatkan lagi sokongan masyarakat kepada BN.
"Selain itu mereka juga perlu mengeratkan perhubungan di antara pemimpin parti dan akar umbi, dan jika ini boleh dicapai, apabila pilihan raya diumumkan, kita sudah berada dalam tahap persediaan yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata sokongan kepada MIC dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.
"Mereka (kaum India) mempunyai keyakinan yang tinggi dan kita akan menunaikan harapan mereka," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bersih 5
#Dr Subramaniam
#MIC
#Wanita MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan