awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terlalu gembira pemimpin pembangkang keluar parti - Tajuddin

Bernama
Bernama
16/02/2017
07:27 MYT
Jangan terlalu gembira pemimpin pembangkang keluar parti - Tajuddin
TAJUDDIN: Buktikan kepada rakyat bahawa BN merupakan sebuah parti yang berkhidmat untuk membangunkan rakyat.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan anggota parti itu serta Barisan Nasional (BN) agar tidak terlalu gembira dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang keluar parti.
Beliau berkata sekalipun tindakan pemimpin pembangkang terbabit dilihat sebagai bonus kepada UMNO dan BN, masih ada tugas penting yang harus diberi perhatian.
"Apa yang penting kuatkan parti dan buktikan kepada rakyat bahawa BN merupakan sebuah parti yang berkhidmat untuk membangunkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2017 di Chenderong Balai di sini hari ini.
Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata bagi mengekalkan sokongan rakyat, BN selaku peneraju kerajaan harus memperhebat pembangunan untuk rakyat.
Mengulas tindakan empat pemimpin DAP Melaka yang bertindak keluar parti, beliau berkata keputusan mereka itu menunjukkan kepimpinan Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng, sudah tidak boleh diterima oleh sebahagian anggota DAP.
"Selama ini mungkin mereka memendam rasa dan akhirnya tidak boleh tahan lagi lalu mengambil keputusan keluar parti. Di sini sudah cukup menunjukkan bahawa DAP bukanlah hebat serta kuat malah menyangkal dakwaan bahawa mereka mendapat sambutan hebat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#majlis tertinggi
#parti politik
#pembangkang
#Tajuddin Abdul Rahman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan