awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier

Bernama
Bernama
16/02/2025
07:45 MYT
Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan keputusan berhubung jawatannya dalam Kabinet Sarawak kepada Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berikutan kekalahannya dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan keputusan mengenai jawatannya dalam Kabinet Sarawak kepada Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas kekalahannya dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
  • Abdul Karim menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan jika perlu, dan akan berbincang dengan Abang Johari mengenai kemungkinan rombakan kabinet.
  • Abdul Karim gagal mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden sayap Bumiputera PBB, memperoleh 669 undi dan berada di tempat kelima daripada enam calon.

Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.
"Sama ada keputusan pilihan raya (parti) akan memberi kesan kepada saya atau tidak, saya perlu berbincang dengan beliau (Abang Johari) kerana jika perwakilan sudah membuat keputusan, saya tidak akan menyusahkan beliau.
"Mungkin saya perlu duduk berbincang dengannya dan melihat sama ada beliau perlu pertimbangkan kemungkinan lain, seperti merombak kabinet.
"Saya bersedia untuk melepaskan (jawatan) kerana sebenarnya tiada siapa yang lebih besar daripada parti...parti sudah membuat keputusan," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung PBB ke-16 di sini, hari ini.
Ketika ini Abdul Karim memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Pagi tadi pengerusi pemilihan PBB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengumumkan Abdul Karim gagal mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden sayap Bumiputera PBB dalam pemilihan parti semalam.
Beliau memperoleh 669 undi, meletakkannya di tempat kelima daripada enam calon. Hanya empat calon yang mendapat undian tertinggi akan memperolehi jawatan naib presiden.
Lebih 4,000 perwakilan menghadiri perhimpunan agung parti selama tiga hari yang bermula Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#Abang Johari Tun Openg
#Premier Sarawak
#Jawatan dalam kabinet Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan